Kelas Pendaftaran Bantuan Persekolahan Baitulmaal Atas Talian – Personal Kelas

8 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 07 Januari 2024, telah diadakan sesi pembelajaran “Pendaftaran Bantuan Persekolahan Baitulmaal Atas Talian – Personal Kelas” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang.

Staf PEDi membantu peserta untuk mendaftar ke dalam sistem MAINS bagi permohonan bantuan persekolahan Baitulmaal secara atas talian. Selain itu, staf PEDi turut membantu dalam pengisian maklumat pemohon dan maklumat anak. Di Samping itu, staf PEDi juga turut memberi garis panduan kepada peserta cara-cara mengedit borang pdf bagi melengkapkan maklumat pada borang tesebut sebelum mencetak bagi tujuan pengesahan daripada Imam Masjid atau Pengerusi Jawatankuasa Komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali